Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: 10 Penumpang Terselamat,...

SERAMAI 10 orang penumpang sebuah bas mini di Pakistan hampir menemui ajal selepas...

“Zamani Buat Saya Yakin...

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani...

S. Kumar Masih Terbaik...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengakui...

Kerajaan PH Hadapi Cabaran...

DI SEBALIK idealisme dan retorik integriti yang dicanangkan oleh pemimpin dan pengikut Pakatan...

Tragedi Kepala Air: Mangsa Kesembilan Disahkan Muhammad Fikri

KEMAMAN – Mayat kesembilan tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini yang ditemui 9.20 pagi tadi disahkan Muhammad Fikri Saliman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa itu disahkan selepas menerima laporan pemeriksaan cap jari pada pukul 5.30 petang tadi.

“Selepas tujuh hari kejadian, mayat mangsa agak uzur untuk dibuat pengecaman, jadi identiti dikenalpasti melalui cap jari dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Pengesahan telah dilakukan menerusi cap jari,” katanya pada sidang akhbar di Air Putih di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Muhammad Fikri, 24, ditemui terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih memakai seluar dan aras air yang surut di kawasan itu pada hari ini memudahkan pencarian.

“Jenazah mangsa akan diserahkan kepada keluarga mangsa kira-kira pukul 10 malam ini untuk dikebumikan di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Dalam perkembangan sama, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang tinggal iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, ditangguhkan sementara pada pukul 5 petang ini dan akan disambung semula pukul 9 pagi esok.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori