Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Mungkin Akan Naikkan...

BERIKUTAN kecewa dengan sikap pengguna jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan...

APM Pantau Perkembangan Air...

KUALA TERENGGANU - Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu akan menjalankan pemantauan dalam...

Keputusan UMNO Perak Tak...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik membabitkan Menteri Besar Perak ketika ini tidak dibincangkan...

Gerakan Liberal Mahu Haram...

KERAJAAN pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap liberal rupanya masih tidak cukup liberal...

Tunku Mahkota Johor Bertemu Timbalan Perdana Menteri Singapura

KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perdana Singapura, Lawrence Wong dalam lawatan rasmi ke Singapura, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi satu kenyataan, pertemuan baginda bersama Wong yang juga Menteri Kewangan Singapura bagi membincangkan hal perdagangan dan pelaburan di antara Johor dan Singapura.

“Singapura rakan kongsi ekonomi strategik kepada Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak pertumbuhan masa depan.

“Perbincangan ditumpukan kepada cadangan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura untuk ditubuhkan di Johor dan untuk menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan di antara Singapura dan Johor,” titah baginda.


Pertemuan turut disertai Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Salehuddin Hassan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Datuk Ashari Kasnan.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura, Catherine Wong; Ketua Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Joshua Lo; Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru, Jeevan Singh, dan Timbalan Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura, Ng Kuan Khai.

Tunku Ismail bersama isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam kini dalam rangka lawatan tiga hari ke republik itu atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori