Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sultan Pahang Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis...

EURO 2016: Belanda Gigit...

PRAGUE - Jaringan pada minit terakhir pemain gantian, Vaclav Pilar membantu Republik Czech...

PRK Rompin 5 Mei,...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

Tunku Idris Rasmi Perpustakaan...

JOHOR BAHRU - Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim hari ini...

UPSI Digesa Berperanan Tawar Kursus TVET Tahap Tinggi

TANJUNG MALIM : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh berperanan dalam menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahap tinggi untuk melahirkan lebih ramai pendidik dalam bidang tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UPSI sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyediakan kursus pendidikan dilihat mampu melaksanakan tugas itu.

Menurutnya, selain institusi yang terlibat dalam penawaran pengajian TVET seperti Politeknik dan kolej-kolej komuniti serta universiti-universiti dalam bidang bidang teknikal seperti Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), hari ini UPSI juga menawarkan program-program yang ada kaitan dengan TVET.

“Saya meminta pihak UPSI bukan sahaja menyediakan para pendidik untuk keperluan di peringkat sekolah untuk sistem pendidikan Kementerian Pendidikan tetapi juga UPSI boleh memainkan peranan terutama membekalkan guru-guru yang diperlukan dalam bidang TVET.

“Ini supaya pada akhirnya bekalan guru untuk TVET datangnya juga dari UPSI. Kementerian akan lihat sejauh mana UPSI boleh memainkan peranan untuk membekalkan pendidik dalam sektor TVET,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke UPSI di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, antara bidang TVET tahap tinggi yang boleh diteroka ialah kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, UPSI juga berkeupayaan menyediakan kurikulum serta subjek yang menggunakan pengalaman digital.


Beliau berkat, UPSI adalah antara IPTA yang menyediakan kursus ‘gaming’ iaitu Sarjana Muda Reka Bentuk (Permainan Digital) Dengan Kepujian, selain Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan.

“Ini memberi satu kelebihan kerana gaming industri menjana pulangan atau pendapatan yang sangat besar.

“Graduan dalam bidang ini mempunyai kebolehpasaran amat tinggi malah saya diberitahu graduan yang baru bekerja boleh menerima gaji RM3,000 hingga RM7,000 selepas dua tahun berpengalaman,” katanya.

Pada lawatan tersebut, Mohamed Khaled turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara UPSI dengan empat syarikat iaitu H3C Sdn Bhd, Microsoft (M) Sdn Bhd, Todak Sdn Bhd, dan Asia Digital Engineering (ADE).

MoU berkenaan membabitkan kerjasama penyelidikan berkaitan teknologi, rujukan industri dan akademia dalam bidang “metaverse”, AI dan robotik serta pensijilan dalam Kejuruteraan Rangkaian H3C serta penubuhan Akademik H3C pertama di Malaysia.

Ia juga sebagai mengiktiraf UPSI sebagai institut pendidikan dalam Pembelajaran Microsoft untuk para pendidik di negara ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori