Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Mengaku Tidak...

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pengurus Kedai Barang Kemas...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus kedai barang kemas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di...

3 Maut Lombong Bakar...

PRAGUE - Sekurang-kurangnya 13 pelombong maut, manakala 10 lagi cedera selepas kebakaran yang...

Klia2 Jadi Tumpuan Ketibaan...

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini menjadi tumpuan media...

Wanita Rugi Lebih RM350,000 Terpedaya Skim Pelaburan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita tempatan kerugian RM350,793.71 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dikenali sebagai ‘C CHARGE’ yang disertainya bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, polis pada Selasa lalu berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun, yang juga pemilik akaun bank yang menerima pindahan wang daripada mangsa terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner MS Balveer Singh, berkata pihaknya menerima

laporan berkaitan kejadian membabitkan wanita berusia 47 tahun itu pada kira-kira jam, 12.49 tengah hari 15 Jun lalu.

“Berdasarkan siasatan, skim pelaburan ini mula beroperasi sejak Mac lalu dan menawarkan pulangan 100 peratus daripada jumlah wang dilaburkan mangsa.


“Bagaimanapun, selepas mangsa membuat pindahan wang, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun, yang juga pemilik akaun bank yang menerima pindahan wang daripada mangsa bagi kes ini, pada Selasa lalu.

Balveer Singh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan, serta boleh juga didenda.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori