Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Kereta Kemik Sebab...

DUA ekor kambing biri-biri yang sedang bertarung mahu menunjukkan kekuatan masing-masing akhirnya memberi...

Laluan LPT2 Akan Ditambah...

KUALA LUMPUR - Laluan di bawah jambatan dan terowong kenderaan (VBC) di Lebuhraya...

Ringgit Rendah Pembukaan Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah pada pembukaan hari ini berbanding dolar US susulan...

Peringatan Annuar Buat Bakal...

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa telah meninggalkan...

10 Pakar Penerbangan AS Berada Di Lokasi Bantu Siasat Punca Nahas Pesawat

SHAH ALAM : Seramai 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) berada di lokasi nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina, di sini, hari ini bagi menjalankan siasatan punca nahas pesawat itu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata semua mereka dijangka berada di negara ini selama tujuh hingga 10 hari bagi menyiasat punca nahas itu.

“Semua mereka tiba di negara ini semalam dan pagi ini sudah memulakan siasatan.

“Kita menjangkakan operasi membawa keluar bangkai pesawat akan selesai hari ini dan sekiranya tidak sempat, kita akan terus menempatkan anggota untuk memantau keadaan di lokasi kejadian kerana tidak mahu ada aktiviti yang di luar jangkaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian bersama pegawai penyiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kol Muhammad Abdullah.

Mohd Iqbal berkata, lapan pegawai BSKU turut terbabit dalam penyiasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu.

Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja membawa keluar bangkai pesawat sedang dijalankan dan sebuah lori digunakan untuk membawa bangkai pesawat ke hangar di Subang untuk siasatan selanjutnya.


Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu akan disediakan dalam masa 30 hari daripada tarikh kemalangan udara itu berlaku.

Siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), sudah pun dimulakan pasukan BSKU bermula pada tarikh kejadian itu.

Khamis lalu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori