Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU15: Mohon Maaf Kata...

ALOR SETAR – Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Mhd. Nasir memohon maaf...

2 Kapal Tangki Pindah...

PENGERANG - Dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke...

Najib Saran PH Mandi...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis...

Emma Maembong Berubah Penampilan...

Alahai manis sungguh melihat gambar yang dimuat naik selebriti ini di laman sosial,...

119 Tempat Berteduh Penunggang Motosikal Dibina Di Lebuh Raya

PETALING JAYA : Sebanyak 119 tempat berteduh penunggang motosikal akan dibina di lebuh raya seluruh negara di bawah Inisiatif Bitara Malaysia MADANI: Kementerian Kerja Raya, membabitkan 33 syarikat konsesi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia adalah tambahan daripada 353 tempat berteduh motosikal yang sudah tersedia sebelum ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal akan disiapkan secara berperingkat pada tahun ini, manakala selebihnya iaitu 79 dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2024.

“Bagaimanapun kementerian dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sentiasa terbuka menerima cadangan daripada syarikat konsesi yang terbabit sekiranya melihat ada keperluan pada masa hadapan untuk penambahan mengikut kesesuaian.

“Papan tanda juga akan didirikan untuk panduan penunggang motosikal supaya mereka dapat mengetahui kedudukan tempat berteduh sekiranya berlaku hujan lebat,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke tapak kawasan berteduh penunggang motosikal, di persimpangan Kota Damansara, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun.

Nanta Linggi berkata, walaupun penunggang motosikal tidak membayar tol, penyediaan kemudahan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dan syarikat konsesi terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang disifatkan berisiko tinggi.


“Kemudahan tempat berteduh yang dibina sepenuhnya oleh syarikat konsesi itu tidak akan menyediakan kemudahan lain dan keluasan saiznya juga berdasarkan lokasi.

“Tujuan utama adalah untuk keselamatan penunggang motosikal, bagaimanapun jika perlu meletakkan tempat duduk dan sebagainya, ia akan diperhalusi kemudian hari,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta Linggi juga memberi teguran kepada penunggang motosikal untuk tidak menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan utama.

“Lorong kecemasan bukanlah laluan eksklusif penunggang, sebaliknya digunakan untuk kenderaan yang mengalami kerosakan dan sebagainya.

“Jadi pastikan penunggang perlu hati-hati terhadap sebarang halangan bagi mengelakkan kemalangan berlaku,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori