Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Unik..Wally Si Arnab Paling...

MUNGKIN inilah arnab yang paling comel pernah wujud !Jom kita berkenalan dengan Wally...

Polis Buka Kertas Siasatan...

IPOH - Pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian...

Siti Bainun Saman JKM...

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali memfailkan saman terhadap Jabatan...

Rusia ‘Bersubahat’ Terhadap Kekejaman...

WASHINGTON - Rusia adalah rakan subahat terhadap kekejaman dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad...

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, majlis mengangkat sumpah itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

“Majlis mengangkat sumpah bagi semua 40 ADUN adalah tertakluk kepada notis yang diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk diluluskan.

“Sesi mengangkat sumpah tersebut dijadualkan pada 29 Ogos ini,” katanya selepas merasmikan Penganjuran STEM Showcase 2023 sempena Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.


Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu.

Pada 16 Ogos lalu, seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Tun Ahmad Fuzi di Dewan Sri Pinang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori