MUAR: Seramai 95 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini hidup terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit kronik memerlukan bantuan khas bulanan untuk keperluan perubatan dan kesihatan.
(Ada rancangan nak melancongā¦atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikianā¦..cek ni kejapā¦.klik sini)
Ketua Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Muar, Samsudin Rais berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 3,195 ahlinya.
Katanya, pihaknya berhadapan kekangan untuk membantu ahli yang menghidap pelbagai penyakit kronik berikutan pendapatan bulanan persatuan hanya sekitar RM1, 400 sebulan, hasil daripada dua buah gerai disewakan kepada ahli.
āUniknya persatuan ini adalah sebahagian daripada ahlinya merupakan bekas anggota tentera tidak berpencen serta berusia lebih 60 tahun.
āOleh yang demikian, apabila mereka berhadapan dengan penyakit kronik sehingga menyebabkan tidak boleh bekerja dan terlantar secara tidak langsung kehilangan pendapatan untuk menyara kehidupan serta menanggung kos perubatan,ā katanya selepas majlis perjumpaan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Ir. Nazri Abdul Rahman di Pejabat PVATM Cawangan Muar di sini, hari ini.
Sementara itu, Nazri berkata, kebajikan pesara ATM tidak akan diabaikan oleh pihaknya dan Kerajaan Perpaduan.
Katanya, pihaknya berbesar hati untuk membantu golongan pesara yang menghidap pelbagai penyakit kronik akan diutamakan, bukan disalurkan secara bermusim sahaja.
āSebagai bekas pejuang keamanan negara sama ada berpencen atau tidak, kebajikan mereka harus dihargai kerana tanpa mereka kita tidak mungkin akan mengecapi keamanan seperti sekarang ini,ā katanya.
UtusanOnline-