Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelayan Bar Dijel 5...

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan bar hari ini dipenjara lima tahun dengan satu...

UPSR Bocor: 2 Guru...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua guru...

Kes Pemerdagangan Manusia Libat...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan...

Ibu Marah Anak Dihalau...

DALLAS - Seorang ibu di Texas, Amerika Syarikat (AS), Kim Shappley sanggup memperjuangkan hak...

Agong Hulur Sumbangan Peribadi Kepada Balu Mangsa Nahas Elmina

PETALING JAYA: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Adlina Aisyah Ahmad Rusli, balu kepada Allahyarham Idris Abdol Talib@Ramali yang merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam kelmarin.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Sumbangan itu disampaikan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendi Zairakithnaini semalam di kediaman Adlina Aisyah di ibu negara.

Menurut Istana Negara, Adlina Aisyah pernah bertugas di Istana Negara dari 2011 hingga 2015 sebagai seorang Pegawai Pentadbir (Sumber Manusia).

“Dalam kunjungan ke kediamannya di Kuala Lumpur semalam, Datuk Azuan turut menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong kepada Puan Adlina Aisyah dan sekeluarga atas pemergian mengejut suami tersayang ke Rahmatullah.

“Seri Paduka berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar Puan Adlina Aisyah dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.


“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Allahyarham Idris adalah antara lapan penumpang yang terlibat dalam nahas jet eksekutif terhempas yang menggemparkan negara pada petang Khamis lalu.

Selain itu, dua lagi mangsa nahas kemalangan tersebut adalah orang awam.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori