PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Semalam, wakil rakyat PAS itu menolak pelawaan Rafizi dengan berkata, beliau lebih cenderung untuk perbincangan, bukannya berdebat.
Katanya, lebih baik menghabiskan masa dan tenaga bekerja serta berkhidmat kepada rakyat untuk menyelesaikan pelbagai isu dihadapi mereka.
Hari ini, Syahir memutuskan menerima pelawaan Rafizi untuk berdebat yang akan diadakan 9 Ogos ini.
“Saya ucapkan terima kasih (kepada Syahir). Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat,” kata menteri ekonomi itu di Twitter.
Rafizi mencabar Syahir berdebat selepas Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor dan Ketua Penerangan PN, Azmin Ali menolak tawaran itu.
Syahir pada mulanya berkata, beliau akan menunggu jemputan rasmi daripada Rafizi sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.
FreeMalaysiaToday-