Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perjanjian Sokong Kerajaan Perpaduan...

PUTRAJAYA - Menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Dua Letupan Pengganas Gegar...

PARIS - Perancis menundukkan Jerman, 2-0, dalam perlawanan persahabatan di Stade de France,...

Skandal Panama Papers: China...

LONDON - Hampir satu pertiga pelanggan Mossack Fonseca, iaitu firma guaman yang terlibat...

Gadis India Dimaki B@Bi...

SELAIN menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari,...

Aktiviti Kuari Punca Sisa Minyak Di Muka Sauk LRA Cheras

SHAH ALAM: Sisa minyak yang dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras, Batu 11, pada 10.45 pagi semalam, dipercayai dari premis yang menjalankan aktiviti kuari.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Bagaimanapun, tiada gangguan bekalan air dilaporkan oleh Air Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan, selepas menerima laporan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pihaknya segera melakukan pemantauan di lokasi.

Katanya, pemantauan mendapati sisa minyak itu memasuki Sungai Langat melalui sebuah pembentung pada jarak 123 meter (m) dari muka sauk LRA berkenaan.

“LUAS bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) segera melaksanakan siasatan ke atas lapan premis berhampiran sebelum mengenal pasti punca aliran minyak itu daripada sebuah premis aktiviti kuari.

“Sisa berkenaan mengalir masuk melalui pembentung bawah tanah ke saliran bersebelahan premis kilang kayu dan akhirnya ke Sungai Langat.


“Semakan LUAS di premis aktiviti kuari itu juga menemukan aliran kesan dan bau minyak yang kuat dengan anggaran jarak daripada lokasi penemuan punca aliran berminyak ke muka sauk LRA adalah sekitar 366 m,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut LUAS, pensampelan di beberapa lokasi berkaitan dilaksanakan pihaknya dan sampel itu sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis bagi tindakan penguatkuasaan.

Menurut kenyataan itu lagi, LUAS sudah mengarahkan kontraktor dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa minyak dengan segera bagi memastikan tiada lagi baki aliran tercemar masuk ke dalam sungai.

Katanya, pensampelan ujian bau kemudian menunjukkan bacaan sifar ton dan keadaan air sungai kembali normal.

“Siasatan dan tindakan kawalan segera di tapak ini membolehkan LRA Cheras Batu 11 beroperasi semula kurang empat jam selepas ia dihenti tugas,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori