Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Peruntukan Belanjawan 2024 Bantu...

KUANTAN: Peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2024 kepada sektor pendidikan tinggi mampu memperhebat usaha...

Polis Selangor Buru Seorang...

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang menjejaki seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat...

KADA Hasrat Kok Lanas...

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menjadikan kawasan Dewan Undangan...

Rakyat Kelantan Kerugian Besar...

BACHOK - Rakyat Kelantan akan kerugian besar jika projek Laluan Rel Pantai Timur...

Allaudeen Dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Isnin.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Allaudeen menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini dengan disaksikan Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.

Azri mengucapkan tahniah kepada Mohd Shuhaily atas perkhidmatan cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.


“Saya yakin, sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan Polis Kuala Lumpur, beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur.

“Semoga pertukaran beliau ke tempat baharu selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan memberikan lebih peluang untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan terus menempa kejayaan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori