Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Proton Beri Baucer Servis...

KUALA LUMPUR – Kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31...

Majlis Ekonomi Digital Bantu...

KUALA LUMPUR - Majlis Ekonomi Digital di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) dibentuk untuk...

Pinggang ‘Cinderella’ Terlalu Kecil...

BIARPUN belum ditayangkan lagi, filem Cinderella terbitan Disney yang bakal menjengah pawagam Amerika...

Apa PH Cuba Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ada dua...

Amaran Akhir ‘Survival’ Politik UMNO – Tengku Zafrul

PETALING JAYA – UMNO perlu berubah kerana keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lalu merupakan amaran akhir untuk ‘survival’ (kelangsungan) politik UMNO.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui Selangor untuk lima tahun lagi, ia tidak menutup hakikat sebenar.

Kata beliau, keputusan induk itu tidak menutup hakikat pedih prestasi BN amat lemah di Selangor selepas hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandingi dengan satu daripadanya sebelum ini milik DAP.

“Malah, selain satu kes unik Sungai Air Tawar yang lebih mencerminkan kehebatan calon, PRN Selangor menyerlahkan seolah-olah semakin ramai pengundi Melayu di sesebuah kawasan, semakin susah UMNO hendak menang.

“Hakikat ini harus diamati. Jika keputusan PRN ini bukan amaran akhir kepada kelangsungan parti Melayu ini, saya tidak tahu apa lagi jenis amaran yang perlu diberi sebelum kita menyedari kita sudah ditolak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, keputusan PRN tersebut juga menunjukkan selepas 15 tahun berlalu, UMNO masih ditolak dan ramai ahli UMNO Selangor kecewa serta sedih dengan nasib UMNO di Selangor.

Menurut beliau, dalam senario politik kini, strategi, ketrampilan dan daya tarikan parti menjadi penentu kejayaan atau kegagalan.


Ujar beliau, hala tuju dan ideologi UMNO Selangor perlu jelas dan diterima ahli akar umbi, bukan semata-mata dilihat hanya ingin mengejar tampuk kuasa tetapi tidak dapat memberi keyakinan.

Beliau turut mengingatkan, UMNO bukan milik kelompok tertentu sebaliknya ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Melayu, maka UMNO tidak boleh terlalu radikal.

“UMNO perlu meraikan pandangan dan pandangan ini perlu diurus dengan baik agar UMNO terus subur menjadi sebuah parti tempat orang Melayu berteduh.

“Atas dasar itu saya berharap kepimpinan parti perlu bangkit dan memperbetulkan keadaan parti yang bukan sekadar ingin mengejar kuasa jangka masa pendek, tetapi usaha yang bersungguh untuk kembali diyakini rakyat dan akar umbi parti.

“Semua di dalam UMNO termasuk saya perlu muhasabah diri dan membina semula kekuatan parti supaya kita dapat kembali berdiri gagah tanpa bergantung kepada mana-mana parti,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori