MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), Sputnik memetik laporan portal berita Brazil UOL, memetik draf dokumen akhir sidang kemuncak itu.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Menurut laporan itu, untuk mengekalkan keseimbangan geografi, satu lagi negara Afrika boleh dimasukkan dalam senarai itu.
Sidang kemuncak BRICS sedang diadakan di Johannesburg pada 22-24 Ogos. Ia dihadiri oleh pemimpin China, India, Brazil dan Afrika Selatan. Russia diwakili oleh Menteri Luar, Sergey Lavrov.
Presiden Russia, Vladimir Putin mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu melalui persidangan video.
Sebanyak 23 negara baru-baru ini menyatakan hasrat mereka untuk menyertai BRICS, termasuk Argentina, Iran, Algeria, Tunisia, Turkiye, Arab Saudi, dan Mesir, seperti laporan BERNAMA.
BRICS merangkumi kira-kira 42 peratus penduduk dunia dan akan melemahkan penguasaan Barat dalam ekonomi.
-Berita Harian