Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kejayaan Zii Jia, Kisona...

MANILA - Kejayaan Lee Zii Jia and S. Kisona menamatkan penantian selama 46...

Gagal Capai Target Jualan...

SEKUMPULAN pekerja sebuah syarikat pemasaran di China dipaksa makan ulat oleh majikan setelah...

Rooney Yakin England Mampu...

WATFORD - Kapten baru England, Wayne Rooney tidak sesekali menganggap berjaya menggalas tugasnya...

71 Murid SK Tasek...

ALOR SETAR - Seramai 71 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong di...

Bayi 40 Hari Alami Pendarahan Otak Dihempas Ke Lantai

GEORGE TOWN: Seorang bayi berusia 40 hari mengalami pendarahan otak selepas dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam itu, suspek berusia 28 tahun turut mencampak seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari tingkat satu pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa kanak-kanak berkenaan pukul 9.30 malam tadi.

Menurut beliau, lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa suspek yang juga adik iparnya telah menghempas dan mencampak anaknya dari tingkat satu blok pangsapuri kediaman mereka.

“Mangsa yang dicampak dari tingkat satu mengalami patah kaki dan cedera pada mulut dan kedua-dua mangsa sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), namun keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Soffian, ketika kejadian, suspek dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian dan turut cedera pada pergelangan tangan kiri akibat dikelar sendiri.


Jelas beliau, ahli keluarganya turut memaklumkan suspek yang tidak bekerja dan mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah itu mengalami gangguan mental sejak sebulan lalu.

Ujarnya, suspek juga telah ditahan oleh pasukan D9 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Timur Laut dan direman selama tujuh hari sehingga 9 Ogos ini.

“Suspek kini ditahan di HPP untuk rawatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Soffian turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu tampil ke ibu pejabat polis daerah Timur Laut bagi membantu siasatan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori