Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tengku Adnan Beri Penjelasan...

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan...

Macam Nak ‘Meletup’ Kepala...

PUTRAJAYA - Sakit kepala melampau serta kesakitan di seluruh anggota badan antara pengalaman...

PH Hipokrit Kecam PRN...

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Gabungan parti...

TERKINI: Gempa Bumi Turkiye,...

HATAY: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria, sudah...

Bekas Pegawai Kanan DBKL Dipenjara Empat Tahun, Denda RM1 Juta Kerana Rasuah RM200,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan menerima rasuah RM200,000.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Hakim, K Muniandy, memutuskan hukuman penjara empat tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan serentak bermula hari ini dan denda RM1 juta bagi kedua-dua tuduhan atau dipenjara empat tahun jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam, K Theivaendran mewakili Sabudin, 60, untuk menangguhkan hukuman berkenaan sementara menunggu proses rayuan akhir di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memohon supaya Sabudin dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan didenda RM1 juta.

“Ia mengambil kira faktor kepentingan awam, selain kesalahan itu serius kerana membabitkan kes rasuah,” katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi peguam bela Sabudin, Y Sheelan Samuagam, memohon supaya anak guam dipenjara sehari atas alasan menghidap osteoartritis atau sakit sendi lutut, selain menjalani beberapa pembedahan besar.

“Anak guam saya tidak dapat berdiri atau berjalan dengan baik dan memerlukan bantuan kerusi roda. Selepas kaki kiri dibedah pada Januari lalu, keadaannya tidak stabil.

“Oleh itu, dia (Sabudin) perlu kerap mendapatkan rawatan susulan di hospital,” katanya.

Pada 27 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Sabudin bersalah atas tuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, yang didapati membuat kesilapan dan tersalah arah apabila membebaskan tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Pada 2 Jun lalu, pendakwaan menegaskan Mahkamah Sesyen keliru dengan dua tuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja yang dihadapi Sabudin.


Wan Shaharuddin dilaporkan berkata, hakim terbabit menyalahkan pendakwaan kerana gagal menunjukkan ada keperluan bagi Sabudin meminta rasuah daripada saksi utama pendakwaan, Wong May Kuan iaitu subkontraktor kepada syarikat Dusari Niaga.

Theivaendran pula dipetik berkata, Mahkamah Sesyen membuat dapatan yang betul ketika membebaskan anak guamnya berdasarkan keterangan dikemukakan oleh saksi.

Pada 15 September 2022, Sabudin menitiskan air mata selepas kali kedua dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan memperoleh suapan RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.

Keputusan itu dibuat Rozina selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan dan menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.

Pada 4 Julai tahun lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil lima saksi termasuk Sabudin untuk memberi keterangan pada prosiding bermula 12 Mei tahun sama.

Pada 24 Mac tahun sama, Mahkamah Tinggi memerintahkan Sabudin membela diri atas dua pertuduhan itu, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 18 Disember 2020, yang melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, didakwa memperoleh suapan wang tunai RM200,000 daripada May Kuan.

May Kuan adalah subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk DBKL Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214) sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori