PETALING JAYA – Kisah pengsohor media sosial yang dikenali Abang Tesla berkahwin dua bukan sahaja menyebabkan golongan suami menjadi ‘mangsa’, malah anak-anak turut terkena tempiasnya.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Menerusi perkongsian video TheMamaSempoi di TikTok, dia dilihat memberi amaran kepada anak lelakinya yang berada di atas sebuah basikal di pekarangan rumah, supaya tidak berkahwin melebihi seorang.
“Adik, kau ni pergi beli roti tu molek-molek sikit. Kau ingat eh, besar nanti kau jangan nak kahwin dua, tiga!
“Kalau kau kahwin dua, tiga, aku cincang 14. Kau tengok lah, kau dengar apa aku cakap ni!,” tegasnya.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata terhibur dengan gelagat dua beranak itu.
Tambahan, anak lelaki wanita tersebut kelihatan terpinga-pinga seolah-olah tidak mengerti apa yang dimaksudkan ibunya itu.
“Mesti pak dia ada kat sebelah tu. Biasalah mak-mak punya seni perli ni lain sikit pusingnya, anak lah tempat paling ngam nak luah,” komen WolveRinn.
“Kepada suami-suami orang, tunang-tunang orang, kekasih-kekasih orang, ingatlah, bukan kau orang ja yang kena, tapi anak bujang pun kena,” kata Adawiyah.
“Jem kepala adik, mama oi! Nak pergi beli roti ja pun, melarat ke kahwin dua, tiga. Lepas ni aku rasa adik dah fobia nak makan roti,” seloroh lela_oii85 pula.
Video tersebut telah menerima 1.8 juta jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam.
Kosmo-