Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar semua wakil rakyat di negeri itu berhenti bermain politik.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Baginda bertitah demikian ketika istiadat pelantikan menteri besar Selangor dan ahli-ahli majlis mesyuarat negeri Selangor (exco) di Istana Alam Shah, Klang hari ini.
“Cukup-cukuplah kita berpolitik, rakyat dan penat, beta pun dah penat dengar.
“Bangunlah ahli-ahli yang berhormat semua, fikirkanlah masa depan negeri, negara dan masa depan anak cucu kita.
“Jadikan negara Selangor hebat semula seperti mana pada zaman kegemilangan negeri Selangor tidak berapa lama dahulu,” titah baginda.
-Malaysia Kini