Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyusutan Nilai Ringgit Tidak...

KUALA LUMPUR - Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika dan dolar...

Sime Darby Salur RM14.85...

MANJUNG - Yayasan Sime Darby (YSD) memperuntukkan dana RM14.85 juta untuk membendung kepupusan...

Raja-Raja Melayu Hadir Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Keberangkatan tiba Raja-Raja Melayu ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat...

3 Maut Nahas 7...

KUALA KANGSAR - Tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer...

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam Belanjawan 2024

Kuala Lumpur : Dasar sistem gaji progresif diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, sistem itu dijangka akan dilaksanakan pada April atau Mei tahun depan, dan atas alasan itu dasar tersebut perlu dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

“Dasar ini telah diluluskan secara prinsip serta pendekatannya dan kemudian kami perlu melalui pelbagai proses termasuk melibatkan semua pihak berkepentingan dan tahap liputan untuk kumpulan tertentu.

“Seterusnya, kami akan menterjemahkannya kepada komitmen kewangan yang kerajaan perlu lakukan dan kami akan melalui proses belanjawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Program Kepimpinan Digital Eksekutif di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada pembangunan negeri dalam belanjawan tersebut sebagai usaha untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia.


“Kita ada tiga kategori, satu yang telah diberi keutamaan (Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis); kedua ialah negeri-negeri dengan pertumbuhan yang mempunyai kemajuan ekonomi sendiri tanpa banyak suntikan daripada Kerajaan Persekutuan (Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); ketiga ialah negeri yang berada di tengah-tengah (Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka).

“Ini juga perubahan yang kita perhalusi kerana kita juga perlu berlaku adil kepada negeri-negeri tertentu seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Belanjawan 2024 telah dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen pada 13 Okt.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori