Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Individu, Seorang Pegawai...

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai...

PRK Rompin: Proses Pengundian...

ROMPIN - Proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin berjalan...

Ukraine Tidak Berhasrat Sertai...

KYIV : Presiden Volodymyr Zelenskyy seolah-olah pasrah apabila menyedari Amerika Syarikat (AS) dan...

Suspek Bunuh Tiga Sekeluarga...

MELAKA - Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim ditahan polis...

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana program berkempen bagi enam buah negeri yang akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jelasnya, beliau yang berada di kawasan Parlimen Selayang dan Ampang bagi penamaan calon baru-baru ini hanyalah atas dasar memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Kita tidak ada menghantar jentera kita. Saya ada disana, atas tanda bahawa kita sokonglah Kerajaan Perpaduan.

“Bahkan apa yang penting adalah kestabilan politik dan melaksanakan dasar-dasar yang akan menentukan hala tuju Malaysia,” kata Abang Johari ketika diminta menggulas sekiranya jentera GPS akan turut serta berkempen di enam negeri yang kini giat menggerakkan jenteranya berkempen bagi pilihan raya negeri.

Baru-baru ini, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari dilihat mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan ke tiga pusat penamaan calon di kawasan Parlimen Selayang dan Ampang.

Malah, sebelum ini, Abang Johari dilaporkan berkata, GPS meletakkan kepercayaan kepada barisan ahli Kabinet daripada GPS untuk bantu proses PRN di negeri yang terlibat (Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

Dalam perkembangan yang sama, Abang Johari turut mendedahkan pendekatan Inisiatif Ekonomi Madani turut menyerupai usaha yang dilaksanakan kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.


“Sebab itu, pendekatan ekonomi Madani ini serupa dengan PCDS 2030 kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada berbincang dengan saya sebelum mengumumkan dasar ekonomi Madani ini kerana Malaysia perlu untuk menjadi sebuah negara yang kompetitif dan juga negara yang mesra kepada pelabur termasuk tenaga yang kita beri kepada para pelabur.

“Pada pandangan saya, negara perlu menukar tenaga daripada batu arang kepada tenaga boleh diperbaharui termasuklah turbin gas kerana institusi kewangan seluruh dunia akan hanya memberi dana berdasarkan kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Selain itu, sekiranya alam sekitar negara masih tercemar, institusi kewangan negara berkemungkinan akan pertimbangkan peruntukan untuk sesuatu projek,” ujar Abang Johari lagi.

Justeru, beliau memberi keyakinan bahawa kerajaan pusat mengambil inisiatif ke arah perkembangan berkenaan melalui dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Maka, ia selaras dengan penekanan yang ada pada dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, kita tidak ada masalah kerana dasar Madani menghala tujuan yang sama,” tegasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori