Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Sifatkan Individu Terbabit...

PAGOH - Individu yang terbabit dalam kumpulan militan IS disifatkan sebagai golongan yang...

Agong Mahu Nasib Pekebun...

YANG di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah...

10 Jenis Wanita Yang...

1. Perempuan BodohBodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran...

Semua Petugas Barisan Hadapan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan secara sekali bayaran berjumlah RM300...

Ini Bukan Masa Protes, PAS Rayu Pengundi Keluar Mengundi

KUALA LUMPUR : PAS menggesa semua pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menunaikan tanggungjawab berikutan jumlah peratusan keluar mengundi masih kurang memberangsangkan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata peratusan mengundi masih rendah, justeru pimpinan menggesa semua ahli dan penyokong parti PAS, BERSATU dan GERAKAN yang layak mengundi untuk keluar mengundi dengan kadar segera.

“Jangan terikat dengan masa tertentu asalkan dalam tempoh proses pengundian seperti ditetapkan iaitu antara 8 pagi sehingga 6 petang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

PRN yang membabitkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon dibuka bermula 9 pagi tadi.

Takiyuddin berkata, ini bukan masanya untuk menunjukkan protes terhadap proses pilihan raya atau cubaan merosakkan undi kerana perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan.

“Setiap undi anda adalah penting dan dikira. Dengan tidak memilih pihak mana yang hendak disokong atau dengan tidak mengundi, secara tidak langsung kita menidakkan hak sebagai rakyat Malaysia.

“Keluar dan pangkahlah,” katanya.

Mengikut data SPR, setakat jam 2 petang tadi, peratus keluar mengundi adalah seperti berikut:


Kedah : 56%

Kelantan :45%

Terengganu : 56%

Pulau Pinang :53%

Selangor : 51%

Negeri Sembilan : 49%

PRK P.036 Kuala Terengganu : 52%

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori