Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Petugas Di IPK Sarawak...

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun awal hari ini yang...

Pengarang Novel Seram Bunuh...

PENGARANG novel seram didapati bersalah kelmarin atas tuduhan membunuh tunangnya dengan kejam termasuk...

Momen Daki Jabal Nur...

JABAL Nur hanya sebuah gunung dengan ketinggian 200 meter. Terletak enam kilometer di...

Setiu Kembali Banjir

KUALA TERENGGANU : Daerah Setiu kembali dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki alam fotogenik menakjubkan, persis seperti gambar di dalam poskad ataupun wallpaper komputer.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Meskipun ibu kota negara ini adalah Wellington, namun antara bandarnya yang popular di kalangan pelancong antarabangsa adalah Auckland yang juga merupakan pusat kewangan New Zealand.

Kalau korang nak tahu New Zealand sebenarnya terdiri daripada dua pulau iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan – sementara Auckland terletak di Pulau Utara dan merupakan salah satu bandar terbesar serta tertua di bahagian Pasifik ini.

Satu lagi fakta menarik tentang Auckland adalah ia berada di ‘isthmus’ iaitu di antara bukit dan di antara tinggalan 48 gunung berapi yang telah pupus, pelabuhan, tasik, pulau serta teluk semula jadi.

Melancong ke Auckland korang bakal menikmati musim panas yang sederhana dengan suhu jarang melebihi 30ºC serta musim sejuk yang dingin tapi tidak terlampau sejuk! Bandarnya juga turut disinari dengan cahaya matahari selama berjam-jam meskipun di sana hujan turun sepanjang tahun.

Jadi Auckland sememangnya destinasi perfect untuk korang melancong tidak lama lagi, lebih-lebih lagi ketika ini AirAsia menawarkan promosi hebat untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Sydney berharga RM1,199 sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM5,029 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Jom kita tengok 5 aktiviti outdoor paling rare yang boleh korang lakukan sekiranya melancong ke Auckland nanti!

 

1) BERKAYAK KE PULAU GUNUNG BERAPI

Selalu kalau sebut tentang berkayak pastinya dilakukan di tasik atau sungai sahaja, kan? Tetapi di Auckland pengalamannya lebih menerujakan apabila korang berpeluang belayar ke Pulau Rangitoo, sebuah pulau gunung berapi yang tidak aktif sambil mendayung kayak.

Semasa melintasi pelabuhan Waitemata, jika bernasib baik korang bakal menyaksikan penguin biru yang akan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan. Jangan risau akan ada guide yang menemani.

Pulau Rangitoto adalah pulau gunung berapi terbesar dan termuda di bandar Auckland. Setibanya di sana korang akan dibawa ke puncak gunung di mana korang bakal menikmati pemandangan indah 360º pulau berkenaan.

 

2) MELINTASI NEGARA DALAM 5 JAM BERJALAN KAKI

Negara apa yang boleh korang lintasi dari pantai ke pantai hanya dalam masa 5 jam? Jawapannya tentulah New Zealand, di puncak Auckland! Pengembaraan bermula dari Harbour Viaduct, di pantai timur Auckland dan kemudian melintasi kawasan bandar, taman dan gunung berapi yang tidak aktif untuk menyelesaikan Laluan 16 kilometer di Pelabuhan Manukau, di sebelah barat.

Jalan itu melalui kampus University of Auckland, melewati kolam itik, Winter Gardens yang terkenal, Auckland Museum, Mount Eden, gunung berapi tertua di kota setinggi 196 meter, kompleks Maori kuno dan tempat-tempat yang berkaitan kepada sejarah penjajahan juga. Jadi pastikan korang memakai kasut yang cukup selesa dan bekalan air serta makanan secukupnya!


 

3) TEROKAI PULAU ROTOROA

Pulau Rotoroa dibuka semula untuk pengunjung pada tahun 2005. Ini adalah syurga semula jadi yang ditutup selama satu abad, jadi jika korang berada di Auckland pastikan untuk mengunjunginya. Setibanya dengan feri dari pusat Auckland, dalam 75 minit berjalan kaki – korang akan melihat rangkaian jalan raya, bangunan bersejarah dan pantai yang indah di pulau ini.

Di antara bangunan-bangunan itu terdapat sebuah kapal lama, penjara, sekolah – semuanya diubah menjadi sebuah muzium dan pusat pameran. Tempat ini pernah ditutup pada tahun 2005 dan 2008, dan pada masa itu bangunan-bangunan tersebut mula dirobohkan dan dibaik pulih, sebelum dibuka semula kepada umum pada tahun 2011.

 

4) JELAJAHI PANTAI AUCKLAND YANG UNIK

Auckland memiliki beberapa gugusan pantai yang indah dan unik. Jika pantai di sebelah Timur memiliki pasir putih yang cukup halus – di pantai sebelah Baratnya pula terkenal dengan pasir hitam yang cukup mempesonakan.

Tetapi jika korang menuju ke Utara dan memasuki wilayah Matakana, korang bakal menikmati keindahan Pantai Omaha, Tawharanui dan Pakiri. Pantai-pantai di sini paling kerap dikunjungi oleh pelancong pada musim panas. Selain itu, di antara Matakana dan Auckland terdapat pantai sepanjang 3 kilometer yang menjadi lokasi popular untuk pengunjung berenang serta melakukan pelbagai aktiviti air, yang disebut Orewa.

 

5) MELIHAT PENGUIN TERBESAR DI DUNIA

Istimewanya bercuti di Auckland, korang boleh melihat kumpulan penguin yang terbesar di dunia dengan berkunjung ke Akuarium SEA LIFE Kelly Tarlton.

Bukan sahaja penguin, korang juga berpeluang melihat kuda laut, ikan pari, dan jerung serta menyaksikan sendiri 30 spesies hidupan laut lain diberi makan. Lebih mengujakan korang juga boleh berada dekat dengan ikan jerung jika melakukan aktiviti yang disebut ‘Shark Dive Xtreme’ dan ‘Shark Cage’.

Menarik, kan kesemua aktiviti yang boleh korang lakukan jika bercuti ke Auckland nanti? Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat tempah tiket penerbangan AirAsia KL-Auckland (menerusi Sydney) sementara tengah promo ni!

Jangan risau sebab AirAsia membuat penerbangan 3 kali seminggu ke Auckland tau. So, korang boleh cepat tempah tiket dari 7 hingga 13 Ogos ini untuk tempoh penerbangan sehingga 31 Mac 2024!
Tiket penerbangan boleh korang beli menerusi AirAsia Super App…Auckland i’m coming!!!

Mynewshub-

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori