Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adik Obama Akan Undi...

ADIK tiri Presiden Barack Obama, Malik Obama berkata, dia akan mengundi calon Republikan, Donald...

Masalah Pembelian Tiket Dalam...

MENERUSI maklumat yang dikongsikan seorang pemilik akaun Facebook bernama Zully Azizan, beliau meluahkan rasa...

KM Pun Terpalit Kes...

GEORGE TOWN - Ini mungkin satu senario paling lawak dan ajaib dalam dunia...

Malaysia Pertama Di Dunia...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan panggilan teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar atau e-hailing kini...

Isu Kerakyatan Warga China: ‘Laporan Polis Akan Dibuat’

SHAH ALAM – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar laporan polis dapat dibuat berhubung satu perkongsian yang didakwa sebagai jenayah fitnah.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ia susulan satu perkongsian dari akaun media sosial parti pembangkang, Pas pada Isnin berhubung dakwaan isu 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan.

“Saya akan bercakap dengan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri supaya satu laporan polis dibuat mengenai posting ini yang jelas satu ‘criminal defamation’ (jenayah fitnah). ‘Dalam proses diberi kerakyatan’ adalah penipuan.

“Pas perlu bertanggungjawab bila berterusan berbohong begini,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Isnin.


Sebelum ini, tular di media sosial mengenai isu ‘54,000 warga China dalam proses warganegara pengundi DAP’ yang memetik kenyataan Saifuddin, namun ia didakwa telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab sehingga mendapat perhatian warganet.

Pada 18 Ogos, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjawab isu berkenaan dan memaklumkan bahawa ia dipetik serta dimanipulasikan daripada kenyataan Saifuddin Nasution semasa beliau berucap dalam sidang media sempena lawatan kerja rasmi ke jabatan itu pada 9 Januari 2023 lalu.

Pada Sabtu, Saifuddin Nasution turut menepis sebarang dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori