Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cina Enggan Pilih Melayu...

SINGAPURA - Jika diberi pilihan, kebanyakan warga Singapura lebih cenderung terhadap seseorang daripada...

Liputan Media Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan...

AELB Perbaharu Lesen Peringkat...

KUALA LUMPUR - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) memperbaharu Lesen Peringkat Operasi...

Kerajaan Pertimbang Benarkan Rakyat...

PUTRAJAYA – Kerajaan mempertimbang untuk memberi kebenaran kepada rakyat negara ini yang lengkap...

Jangan Politikkan Sambutan Hari Kebangsaan

IPOH – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berharap sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini tidak dipolitikkan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Beliau menegaskan, sesebuah program yang bersifat kebangsaan tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Ini program kebangsaan. Ia tidak sepatunya dipolitikkan. Jangan pecah-belahkan rakyat lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Malaysia 2023 peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Adam Adli berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai ura-ura negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) mahu menganjur sambutan Hari Kebangsaan secara berlainan.

Negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan di peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.


Adam Adli berkata, beliau berharap hasrat PN tersebut tidak diteruskan kerana ia bakal memberi kesan tidak kepada negara.

“Sambutan kemerdekaan sepatutnya dijadikan langkah untuk memupuk perpaduan dan penyatuan bukan memecah belahkan rakyat,” katanya.

Banyak pihak yang mempertikai hasrat PN untuk menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza kerana dilihat mengkhianati prinsip federalisme.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori