TOKYO: Tokyo menggesa Beijing memastikan keselamatan penduduk Jepun di China selepas negara itu mengalami gelombang gangguan telefon yang menyasarkan perniagaan di negara matahari terbit itu akibat pelepasan air Fukushima.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Walaupun Jepun menegaskan pelepasan air terawat itu selamat, pandangan yang disokong badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), China menentangnya serta mengharamkan semua import makanan laut Jepun kerana mengatakan sisa itu mencemarkan lautan.
Kerajaan Jepun hari ini menerbitkan data baharu yang menunjukkan perairan Fukushima terus mencatatkan tahap radioaktiviti dengan baik dalam had selamat.
Panggilan telefon dari China mula membanjiri perniagaan Jepun sejak Khamis lalu apabila pengendali TEPCO mula mengeluarkan air yang digunakan untuk menyejukkan reaktor nuklear yang terjejas di loji nuklear Fukushima Daiichi.
Kumpulan dan sektor perniagaan Jepun melaporkan pihaknya menerima banyak panggilan daripada penutur Cina yang mendakwa mengalami kesukaran untuk menjalankan operasi seperti sedia kala.
Seorang diplomat kanan Jepun yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Asia dan Oceania ll, Hiroyuki Namazu menyuarakan kekesalannya mengenai panggilan itu dan memberitahu pegawai kanan di kedutaan China di Tokyo supaya meminta supaya pihak berkaitan bertenang, kata Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan lewat semalam.
Menurut kenyataan berkenaan, Namazu turut memaklumkan kepada pegawai kedutaan di China bahawa insiden serupa turut berlaku di China membabitkan kemudahan Jepun.
“Kami menggesa kerajaan China mengambil langkah yang sewajarnya, seperti menyeru rakyatnya untuk tenang serta mengambil semua langkah yang mungkin bagi memastikan keselamatan penduduk Jepun di China dan misi diplomatik Jepun di China.”
Kedutaan Tokyo di Beijing secara berasingan menggesa warganya di sana supaya mengelak daripada bercakap dengan lantang dalam bahasa Jepun.
Seorang ahli perniagaan Fukushima memberitahu agensi berita Kyodo bahawa empat restoran dan kedai pastrinya menerima sejumlah kira-kira 1,000 panggilan pada Jumaat yang kebanyakannya dari China.
Berikutan itu, perniagaannya terpaksa mencabut palam telefon mereka, kata Kyodo. Datuk Bandar Fukushima, Hiroshi Kohata, dalam catatan Facebook semalam memaklumkan dewan bandar raya menerima kira-kira 200 panggilan serupa dalam tempoh dua hari, manakala sekolah, restoran dan hotel tempatan turut menjadi sasaran.
“Saya akan melaporkan perkara ini kepada kerajaan Jepun dan menuntut tindakan,” katanya.
Pengguna media sosial Cina turut berkongsi video mereka membuat panggilan ke nombor Jepun, termasuk restoran di Fukushima.
TEPCO mengeluarkan air sisa lebih 500 kolam renang Olimpik yang digunakan untuk menyejukkan reaktor Fukushima yang rosak, tiga daripadanya mengalami lumpuh pada Mac 2011 apabila mereka dilanda gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang.
Kementerian Alam Sekitar Jepun, hari ini berkata ujian air pantai Fukushima tidak menunjukkan tahap tritium yang tinggi.
Kementerian itu menambah, sampel air tidak menunjukkan sebarang tanda sinaran gamma yang boleh datang daripada bahan radioaktif lain seperti caesium.
BHonline-