Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mourinho Komen Perpindahan Mahal...

JOSE Mourinho percaya rancangan perpindahan rekod dunia Neymar dari Barcelona ke Paris St-Germain...

Warga Emas Dicadang Dihantar...

KUANTAN - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan mencadangkan warga emas yang ditemui...

Zamani Minta Maaf Ada...

PENYANYI Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.Hari ini,...

Lelaki Gay Miliki 10...

WALAUPUN gay, seorang lelaki sedia membantu mana-mana wanita yang tidak mempunyai anak dengan...

Jurugambar Lalukan Amang Seksual Didakwa

PASIR MAS : Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang remaja perempuan pada tahun lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Tertuduh yang berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi menerusi aplikasi Telegram dan bertemu dengan remaja perempuan berusia 17 tahun lima bulan ketika kejadian dengan niat untuk melakukan suatu kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan olehnya berhampiran sebuah sekolah menengah di sini pada April tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh hukum mengikut Seksyen 13 (1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada lima sebatan jika sabit kesalahan.

Tiga lagi pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan mangsa sama dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di siang hari di sebuah rumah di sini pada April, Mei dan Julai 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Sementara itu bagi tiga pertuduhan, tertuduh didakwa terbabit dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di lokasi dan masa yang sama.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, jurugambar itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di lokasi yang sama pada Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes tersebut serius dan perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori