Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

“Orang Islam Selamat Dengan...

KUALA LUMPUR - "Orang Islam perlu sedar dan yakin bahawa mereka selamat dengan...

AirAsia, FireFly Sindir Malindo...

GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses...

IKEA Minta Pelanggan Pulangkan...

KUALA LUMPUR - IKEA Malaysia meminta orang ramai yang membeli pintu pagar keselamatan...

P/Raya Tegempar: Pintu Perbincangan...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum diyakinkan dengan tujuan atau...

Kerajaan Tidak Berniat Tutup TikTok

SEPANG : Kerajaan tidak berniat untuk menyekat atau menutup aplikasi TikTok di negara ini terutama bagi menghalang penyebaran video bersifat provokatif dan fitnah di platform itu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, jika wujud pelanggaran kandungan sekali pun, tindakan sekatan akan dilakukan oleh platform media sosial itu.
Beliau berkata, tindakan menurunkan kandungan yang tidak sesuai hanya dilakukan oleh platform media sosial berkenaan bukannya oleh pihak kerajaan.
“Jika ada pelanggaran, ada beberapa langkah segera dilalukan kerajaan di mana rakyat akan diberi maklumat sebenar mengenai sesuatu isu berkenaan dengan segera.
“Jika kandungan tu melanggar garis panduan komuniti di TikTok dan media sosial lain, maka tindakan menurunkan kandungan akan dilakukan oleh platform media sosial itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini..
Katanya, beliau juga sudah mengarahkan dua unit di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menangkis dan menafikan isu-isu fitnah yang berlegar di media sosial.
Fahmi berkata, beliau juga memohon supaya anggota unit itu ditambah bagi memperkuatkan peranan berkenaan.
Pada masa sama, beliau juga meminta Komuniti Madani di seluruh negara memainkan peranan sama dan menjadi ‘pembesar suara’ bagi kerajaan untuk berkongsi info sebenar.
Sementara itu, katanya, sebanyak 1,878 Komuniti Madani akan ditubuhkan secara berfasa di seluruh negara bagi membantu pemasaran maklumat kerajaan, mendigitalkan komuniti dan memupuk semangat perpaduan patriotik serta kenegaraan.
-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori