Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Pakistan Arah Harta...

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan mengarahkan harta bekas Presiden Pervez Musharraf dirampas selepas bekas...

Ibu Sibuk Berparti, Bayi...

Malang menimpa seorang bayi perempuan berusia empat bulan apabila dia menjadi `makanan’ tikus-tikus...

Jokowi Dan Isteri Berlepas...

SEPANG - Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Irianab berlepas ke Brunei Darussalam...

Mas Marah, Kecewa Pesawatnya...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) amat marah dan tersinggung dengan laporan sebuah...

Kertas Siasatan Insiden Kecoh Di KLIA Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara

SERDANG: Kertas siasatan berhubung kes kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 29 Jun lalu sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan sudah dihantar kepada pihak Pendakwa Raya dan perkara ini masih dalam kajian mereka untuk sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis mengklasifikasikan semula kes kekecohan di KLIA membabitkan Menteri Pelancongan pada 29 Jun lalu mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Hussein dilaporkan berkata, sebelum ini siasatan dijalankan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) namun diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam.


Sebelum ini, tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengakui menteri dimaksudkan itu dirinya, menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melepaskan pelawat berkenaan.

Ia susulan satu rakaman tular mengenai King Sing menceroboh pintu masuk utama di KLIA tanpa memiliki pas keselamatan dan didakwa cuba membebaskan seorang pelawat China.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori