Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada...

KLIA, KLIA2 Dijenamakan Sebagai...

PUTRAJAYA - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bakal dijenamakan semula...

AS Umum Bantuan Kemanusiaan...

NEW DELHI - Amerika Syarikat (AS) akan memberikan bantuan kemanusiaan bernilai AS$30 juta...

Lelaki Hina PDRM Sudah...

SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya telah...

KPM Perinci Jenis Sukan Untuk Sekolah Sukan Pendidikan Khas

Johor Bahru : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan jenis sukan bersesuaian dengan murid berkeperluan khas untuk dimuatkan sebagai silibus Sekolah Sukan Pendidikan Khas (SSPK) yang dijangka beroperasi pada 2025.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, SSPK itu yang kini dalam proses untuk dibangunkan di Bandar Enstek di Nilai, Negeri Sembilan bertujuan membangunkan potensi sukan pelajar dalam kalangan OKU.

“Kita sudah ada sekolah-sekolah khas untuk murid berkeperluan khas ini termasuk sebagai contoh di Bumbong Lima dekat Pulau Pinang yang memberikan tumpuan terhadap kemahiran anak-anak ini.

“Insya-Allah pada 2025 kita akan mengoperasikan sebuah sekolah sukan untuk mereka yang akan membangunkan potensi sukan, supaya mereka juga mendapat tumpuan dalam soal pembangunan sukan.

“Kategori sukan kita sedang perincikan sebab anak-anak (berkeperluan khas) ini mereka ada sukan yang tertentu, jadi insya-Allah kita akan maklumkan juga dari semasa ke semasa,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran MADANI Murid Berkeperluan Pendidikan Khas negeri Johor 2023 di Aeon Dato’ Onn di sini, hari ini.

Menurut Fadhlina, semua inisiatif dilaksanakan KPM untuk murid berkeperluan khas ini bagi meningkatkan kemahiran agar golongan itu terus bersama-sama dalam mendapat manfaat pendidikan.

“KPM bersama pelbagai agensi sedang meneroka bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk murid berkeperluan khas ini, dan berharap lebih ramai pemain industri bersama-sama untuk memastikan bagaimana potensi murid dapat digarap dalam konteks TVET,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori