Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dirogol Majikan Pakistan Selepas...

BELURAN - Seorang pekerja kedai runcit di Paitan, dekat sini dipercayai dirogol majikannya...

Jenazah Habibah Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke...

Pengakuan Bertulis Justo Tunjuk...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan...

Sektor Hartanah Antara Pemacu...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sektor hartanah...

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memuji parti yang bertanding sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan dengan menyaksikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

(Ada rancangan nak melancongā€¦atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikianā€¦..cek ni kejapā€¦.klik sini)

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi penggal kelima berkata, kedua-dua parti BN bersama Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN) didapati menjalankan kempen secara sihat.

“Saya puas hati dari segi perjalanan kempen oleh PH, BN dan PN kerana tiada kegiatan kecam-mengecam antara satu sama lain.

“Saya rasa ini perkara yang sihat terutama di Rantau tempat saya,” katanya kepada pemberita selepas beliau bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Chung Hua, Rantau, di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN menyifatkan proses pengundian berjalan lancar tiada kesesakan berlaku.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Pertahanan itu tiba di pusat pengundian berkenaan pada jam 8.32 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawab berkenaan pada jam 8.40 pagi.


“Alhamdulillah, keadaan tidak kelam kabut kerana ini nampaknya kita urus dengan baik dan pejabat parti-parti terletak jauh dari tempat orang mengundi jadi tidak ada kejadian kelam kabut di tepi pagar dan macam-macam lagi.

“Saya berharap supaya semua pengundi datang seawal yang boleh kerana cuaca sebelah petang tidak menentu jadi, jalankan tanggungjawab kita keluar mengundi selepas itu kita buat melaksanakan kerja harian kita,” katanya.

DUN Rantau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohamad dengan Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan.

Mohamad adalah penyandang DUN Rantau sejak 2004 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 sehingga 2018.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori