Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Johan As’ari Terkilan Bacaan...

PELAKON, Johan As'ari akui terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang sering mengkritik tatkala...

Dua Terbunuh Ketika Mahu...

JOHOR BAHRU – Mereka pada mulanya berhasrat untuk membantu mangsa kemalangan, namun kemudiannya...

KPM Bincang Dengan Polis...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan polis bagi meningkatkan kawalan...

Diculik Geng Pondan Ganas

Kuala Lumpur - Seorang lelaki yang diculik sekumpulan ‘geng pondan’ bertindak nekad menarik...

Nahas Elmina: Arwah Hafiz ‘Pulun Job’ Nak Bantu Duit Kahwin Adik

KLANG – Penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dilihat kurang ceria dan banyak menyendiri sebelum maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam kelmarin.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Rakan mangsa, Mohd. Rosmaini Sahlan, 42, berkata, kali terakhir bertemu dengan arwah adalah di sebuah kedai di Subang Bestari beberapa hari sebelum kejadian itu.

Menurutnya, dia bersama beberapa rakan penghantar makanan lain sedang menunggu tempahan pelanggan di lokasi tersebut.

“Namun, saya agak pelik kerana melihat arwah agak kurang bercakap dan tidak ceria sedangkan dia amat peramah sebelum ini.

“Selain itu, dia agak menyendiri dan tidak sangka ia petanda awal pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.


Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di masjid itu selepas dituntut keluarga di Jabatan Forensik HTAR.

Menurut Mohd. Rosmaini, arwah turut sempat meluahkan hasrat mahu mencari wang membantu kos perbelanjaan perkahwinan adik perempuannya.

“Dia pernah memberitahu ingin mengumpul wang untuk majlis perkahwinan itu dan sanggup bekerja siang dan malam.

“Selain itu, dia juga menjemput rakan-rakan ‘rider’ untuk menghadiri kenduri itu di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani pada 26 Ogos depan,” ujarnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori