Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Namewee Dibebaskan Dengan Jaminan...

KUALA LUMPUR - Setelah empat hari berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan...

Ibu Kongsi Pengalaman Anak...

MENERUSI akaun Instagram Babybyshers, seorang ibu telah berkongsi detik cemasnya berdepan dengan percubaan...

Bekas Bendahari PAFA Parah...

IPOH - Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mansor Ahmad parah...

ETS Kuala Lumpur-Padang Besar...

KUALA KANGSAR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan...

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – PROLINTAS

KUALA LUMPUR : Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Kumpulan Syarikat Prolintas (PROLINTAS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.

“Menurut laporan awal, kemalangan turut membabitkan sebuah motosikal. Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.


Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800 22 8888.

Menurut laporan media, 10 lelaki maut selepas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori