Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN, Bersatu Sabah, Warisan...

SHAH ALAM - Teka teki siapa bakal menjadi calon akan terjawab apabila Barisan...

Video: Bangla Dibelasah, Cuba...

VIDEO memaparkan seorang lelaki Bangladesh dibelasah tanpa belas kasihan hingga bermandi darah kini tersebar...

Peniaga Nasi Lemak Anak...

SHAH ALAM - Penjual Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad yang sensasi...

FAP Intai Pemain Timur...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua...

Pakej 5G Rahmah, Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam Dilancar Hari Ini

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan melancarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam hari ini yang akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Beliau dijangka akan memberikan perincian mengenai pakej dan insentif berkenaan yang telah diumumkan pada 7 Ogos lalu sebagai antara inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat Internet berkualiti pada harga berpatutan.

Fahmi dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Pakej 5G RAHMAH ditawarkan bermula 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan, terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia.

Pakej 5G RAHMAH menawarkan pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.


Sebanyak 100,000 pelanggan terawal daripada golongan B40 pula akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.

Sementara itu, menerusi Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam yang diperkenalkan sebagai menghargai kumpulan berkenaan, penjawat awam akan menikmati penjimatan pakej pascabayar sebanyak RM120 setahun, iaitu rebat RM10 sebulan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori