Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Teaser “Driftmob” Ini Mungkin...

Adakah mustahil untuk membuat kareografi drift di jalan raya yang sebenar?Bagi sekumpulan pelagak...

PBT Cerminkan Masyarakat Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Lantikan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencerminkan kepelbagaian kaum...

ADUN Balakong Maut Dalam...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut...

Najib ‘Disabit’ Kesalahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan dengan ketidakadilan melampau apabila...

PBB Kutuk Serangan Russia Di Chernihiv

CHERNIHIV : Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan peluru berpandu Russia terhadap bandar Chernihiv di utara Ukraine yang memgorbankan tujuh nyawa dan menderakan lebih 100 orang.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Penyelaras Misi Bantuan Kemanusiaan PBB di Ukraine, Denise Brown menyifatkan serangan terhadap bandar besar yang mempunyai ramai penduduk itu, sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, serangan ketenteraan ke atas orang awam dilarang sama sekali di bawah Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.

“Perbuatan keji menyerang dataran utama sebuah bandar besar pada waktu pagi, ketika orang ramai sedang keluar berjalan dan menghadiri acara keagamaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) , Audrey Azoulay turut menyatakan rasa terkejut dengan insiden serangan tersebut dalam catatannya di media sosial.

Bandar tersebut sebelum ini selamat kerana tidak menjadi tumpuan serangan dalam operasi ketenteraan yang dilaksanakan Moscow terhadap Kiev.

Chernihiv merupakan sebuah bandar bersejarah yang tersenarai untuk pencalonan ke UNESCO.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori