Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Pelanggaran Dengan Pelumba...

KUALA LUMPUR – Jaguh trek negara Azizulhasni Awang tidak dapat menamatkan perlumbaan acara...

Awas Bila Hujan, Waktu...

BUKAN sekali dua kali kita dengar tentang kes pecah kereta yang berlaku di kawasan...

Kes Curi Uniform Polis...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Wabak Beguk: 2 Sekolah...

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh...

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan dirinya membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut beliau, laporan yang dibuat terhadapnya adalah satu fitnah dan dirinya percaya wujud elemen hasutan.

“Saya dimaklumkan bahawa laporan tersebut mengaitkan nama saya dan beberapa tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut terhadap saya.

“Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah terbabit dalam laporan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu berkata, dirinya tidak berada di lokasi kejadian sebagaimana yang terkandung dalam laporan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan laporan tersebut menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu bagaimanapun ketika itu dirinya berada di Negeri Sembilan.


“Ramai saksi boleh mengesahkan kehadiran saya di Negeri Sembilan yang mana ketika itu saya menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, dirinya meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap perkara ini.

“Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu laporan polis di media sosial yang didakwa dibuat seorang wanita mengaitkan Timbalan Presiden Bersatu itu.

Menerusi laporan polis tersebut, wanita tersebut mendakwa Ahmad Faizal mengeluarkan perkataan berbaur gangguan seksual terhadap dirinya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori