Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Penjual Perabot Disyaki...

SUBANG JAYA - Polis menahan dua penjual perabot dipercayai melakukan kerja sambilan sebagai...

Aktiviti Pekerja GoPro Di...

Kebiasaanya para pekerja di pejabat selalunya berada di dalam situasi yang senyap, tetapi...

Ahli Parlimen BN, PAS...

SEMUA ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan ke Istana Negara pada...

Dakwaan Ditahan Israel: Pemilik...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh...

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima tidak sempat mengedar sebanyak 1,060 biji pil kuda bernilai RM11,660 selepas dicekup di tepi jalan di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 17 tahun itu diberkas kira-kira pukul 2.55 petang ketika mereka sedang duduk di atas sebuah motosikal berhampiran kedai makan dan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, pemeriksaan menjumpai sebanyak 60 biji pil kuda di dalam beg silang yang dipakai salah seorang suspek .

Menurutnya, polis kemudiannya memeriksa poket seluar pelajar itu sebelum menemui sebanyak 1,000 biji pil kuda.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu negatif dadah. Suspek yang berusia 26 tahun itu memiliki tiga rekod lampau berkait kesalahan dadah.


“Polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada pelajar itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sedia ada atau sebaliknya,” katanya, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, ibu bapa atau guru disarankan untuk mengawasi sebarang perubahan tingkah laku remaja terutamanya dari aspek perwatakan atau penampilan.

Menurutnya, jika anak-anak menjalani kehidupan serba mewah, mungkin ada sesuatu yang perlu disiasat dari awal agar dapat membendung mereka daripada terlibat dengan sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa lalu sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori