Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Bersama Bayi 7...

SEORANG ibu berusia 33 tahun bersama bayi perempuan tujuh bulan ditemui mati di...

Kakitangan SPAD Diserap Ke...

KAKITANGAN Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan diberhentikan, sebaliknya akan diserap terus...

Penyakit Cacar Monyet Dikesan...

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) memaklumkan bahawa seorang warga di England...

2 Warga India Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan dua mayat lelaki warga India dipercayai dibunuh di...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut Syria.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Daesh dalam satu mesej di Telegram berkata, Abu al-Hussein terbunuh selepas pertempuran secara langsung dengan kumpulan jihad Hayat Tahrir al-Sham di Idlib, namun tidak memperincikan bila pemimpin itu terbunuh.

Pada masa sama, jurucakap itu turut mengumumkan pemimpin baharu kumpulan itu yang juga kelima, iaitu Abu Hafs al-Hashimi al-Qurashi.

Hujung April lalu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan berkata, pemimpin Daesh itu terbunuh di Syria dalam satu operasi yang dijalankan agensi perisikan Turkiye, MIT.


“Beliau yang disyaki sebagai pemimpin Daesh dengan nama Abu Hussein al-Qurashi, dibunuh dalam operasi yang dijalankan oleh MIT di Syria,” kata Erdogan ketika itu.

Media Turkiye menerbitkan beberapa gambar bangunan berpagar di tengah sebuah padang, yang dikatakan menjadi lokasi persembunyian Abu al-Hussein di Afrin, Aleppo bersebelahan dengan Idlib, kawasan dikawal pemberontak yang mendapat sokongan Turkiye.

Bagaimanapun, jurucakap Daesh menegaskan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang mengawal kawasan pemberontak di Idlib, bertanggungjawab membunuh ketuanya sebelum menyerahkan mayat Abu al-Hussein kepada Turkiye.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori