Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AFC 2018: Skuad B-19...

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah-19 (B-19) negara mencerahkan peluang layak ke Kejuaraan B-19...

Natasha Hudson Dedah Bercerai...

KUALA LUMPUR - Pelakon Natasha Hudson kembali bergelar janda apabila bercerai talak satu...

Pelik Rakyat Selangor Tidak...

BIAR betul ini sudah pelik bin ajaib... Ketika ramai penduduk khasnya golongan muda mengeluh...

Video: Lagi Gadis Kelantan...

SEBUAH lagi video yang memaparkan aksi pergaduhan melibatkan 'gadis Kelantan' kini menjadi viral...

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara Sungai Paka, di sini, tiga hari lalu ditemukan lemas, petang tadi.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Osnah Ahmad Abdul Salam, 20, ditemukan oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 3.55 petang.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di tebing sungai berhampiran kawasan paya bakau iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Maizura berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.


Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa dikatakan hilang dihanyutkan arus sungai ketika sedang mencari kepah di kawasan tebing sungai bersama rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Maizura turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di air termasuk memancing.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori