Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kastam Gagal Cubaan Seludup...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM37.14 juta termasuk...

Margma Persoal Kenaikan Mendadak...

KUALA LUMPUR - Kenaikan mendadak harga gas asli seperti diumumkan Gas Malaysia Bhd....

5 Terbunuh, 3 Parah...

RAUB - Lima terbunuh manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua buah...

Susun Aktiviti Susulan Lanjutan...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir lima hari lagi...

Penerima Zakat Miliki Simpanan Ratusan Ribu, MUIP Laksana Pemutihan

Kuantan : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenal pasti terdapat penerima bantuan zakat bulanan daripada agensi itu mempunyai wang simpanan hingga ratusan ribu, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Baitulmal dan Operasi) Dr Asmadi Abdul Rahman.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Justeru, beliau berkata penting bagi melaksanakan pemutihan supaya bantuan zakat hanya disalurkan kepada individu yang sememangnya layak.

Katanya selepas melaksanakan pemutihan pihaknya akan menamatkan bantuan kepada mereka yang keluar dari Pahang, tidak dapat dihubungi dan pendapatan sudah tidak melayakkan mereka bergelar asnaf.

“Terkini kami sedang kenal pasti lagi individu yang mempunyai simpanan dalam bank. Ada yang kami dapati mempunyai simpanan hingga ratusan ribu dan masih menerima bantuan bulanan.

“Selepas semakan dan pengesahan dilaksanakan, kita akan hentikan bantuan kepada mereka serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Bantuan Zakat di sini hari ini.


Asmadi berkata bantuan yang diberikan adalah untuk menampung keperluan dan bukan sebagai tabungan, selain menambah pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan ketua kampung serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan pemutihan.

Menurutnya hingga kini MUIP merekodkan 11,146 penerima bantuan bulanan di seluruh Pahang yang menerima bantuan dalam bentuk tunai dan baucar.

Pada majlis berkenaan, lebih RM410,551 wang zakat telah diagihkan bagi tujuan sumbangan komputer riba kepada anak asnaf yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar miskin cemerlang.

Selain itu, buat julung kalinya MUIP melaksanakan program “MUIP Food Rider” dengan menyediakan bantuan motosikal kepada 10 asnaf bagi menjana pendapatan sebagai penghantar makanan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori