Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Seru Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kaum Melayu terutama ahli dan penyokong PAS telah...

Anggota UMNO Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Keanggotaan UMNO mencecah 3,644,295 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan...

Real Madrid Juara La...

REAL Madrid memastikan gelaran juara La Liga 2016/17 milik mereka, pertama kali selepas...

MH370: Pemeriksaan Teknikal Di...

PUTRAJAYA - Pemeriksaan teknikal akan dijalankan di bawah kerangka prosedur kehakiman dan siasatan...

Penjawat Awam Boleh Pakai Batik Setiap Hari Bekerja

PUTRAJAYA: Penjawat awam kini dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja dan tidak hanya pada hari Khamis seperti sebelum ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata keputusan itu dibuat mengambil kira kesesuaian pakaian bekerja untuk penjawat awam dengan realiti iklim tempatan dan keperluan kecekapan tenaga di premis kerajaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju supaya semua penjawat awam diberi kebenaran dan kelonggaran untuk memakai pakaian batik pada waktu bekerja tidak hanya pada hari Khamis seperti sebelum ini.

“Saya sudah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata, turut dibangkitkan dalamn pembentangan itu adalah mengenai Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang antara lain menetapkan supaya suhu di bangunan dan premis kerajaan diselaraskan kepada 24°C hingga 25°C.

Katanya, keputusan yang dicapai itu mengambil kira iklim di negara ini dan juga komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi pembebasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050 dengan mengurangkan jejak karbon daripada amalan penggunaan tenaga elektrik.

“Hal ini bagi memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang ditetapkan dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga dan sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia.

“Cadangan perubahan terhadap kod etika pakaian ini juga akan dipanjangkan kepada semua Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.


Terdahulu, surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed, memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain, digalakkan.

Peraturan itu yang berkuat kuasa 21 Ogos 2023 dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh semalam.

Menurut surat edaran itu, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan sejak 1985.

“Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja lain,” demikian menurut surat edaran itu.

Surat edaran itu turut menyatakan melalui ketetapan baharu itu, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, dibatalkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori