Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK Balakong Tentukan MCA...

BALAKONG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong akan menjadi medan penentu sama ada...

Mahfuz Omar Gesa PAS...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendesak PAS kembali...

Vietnam Lancar Operasi Cari...

HANOI - Pihak berkuasa Vietnam hari ini melancarkan operasi besar-besaran mencari dan menyelamat...

Kongsi Maklumat Pemakanan Cegah...

KUALA LUMPUR - Akhir-akhir ini terdapat banyak perkongsian melalui media sosial berkaitan makanan atau...

Polis Selamatkan 14 Buruh Paksa Indonesia

KLANG: Polis menyelamatkan 14 wanita Indonesia yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam serbuan dekat sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi di sini, malam tadi.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Op Pintas pukul 8.50 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kesemua wanita itu berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun.

Katanya, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang disyaki berperanan sebagai ejen dan majikan mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek menjalankan aktiviti perkhidmatan pembersihan rumah kira-kira tiga tahun tanpa sebarang pendaftaran perniagaan.


“Wanita itu mengambil warga asing sebagai pekerja bagi perkhidmatan pembersihan rumah ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Fadil, siasatan mendapati dokumen peribadi mangsa disimpan oleh suspek selain ada daripadanya didakwa turut dipukul.

“Rumah itu digunakan sebagai tempat penginapan semua pekerja yang dijaga suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007 [Akta 670],” ujarnya.

Tambah beliau, operasi itu bertujuan membanteras ejen pembersihan rumah yang terlibat aktiviti pemerdagangan manusia ke atas warga asing yang merupakan pekerja mereka.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori