Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kecoh Shah Rukh Khan...

KHABAR angin kematian aktor Bollywood Shah Rukh Khan yang didakwa terlibat dalam kemalangan...

Akaun Simpanan Shariah KWSP...

KUALA LUMPUR - Akaun Simpanan Shariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), meraih...

2 Direman Berhubung Skandal...

PUTRAJAYA - Seorang lagi pegawai kanan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ditahan reman...

Mimpi Ngeri Masuk Kerja...

IANYA adalah satu mimpi ngeri buat seorang wartawan sukan, bukan disebabkan dia terserempak dengan...

Polis Terengganu Buka 11 Kertas Siasatan

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu membuka 11 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu Asisten Komisioner, Noor Halim Nordin, berkata ia membabitkan sembilan kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, satu kesalahan di bawah Seksyen 4 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan satu kes di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, ia membabitkan empat kes di Kuala Terengganu, dua di Setiu, dua di Marang serta masing-masing satu kes di Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut.

“Sehingga kini, situasi di seluruh Terengganu kekal berada pada tahap yang terkawal dan baik.


“Polis akan terus memantau situasi semasa sehingga kerajaan di peringkat negeri terbentuk dan masyarakat tidak perlu risau untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa.

“Polis Terengganu juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang PRN berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori