Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lagenda Bollywood Nyanyi Lagu...

Tahukah anda, penyanyi dan Lagenda Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam...

Teknologi Khatan Ada Potensi...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan...

Proton Saga Menang Anugerah...

PROTON Saga, yang dikeluarkan oleh Proton Holdings Bhd, dipilih sebagai 'Sedan Kompak Terbaik"...

25 Warga Asing Termasuk...

BUTTERWORTH - Seramai 25 warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam Ops Bersama...

Populasi Orang Utan Terancam

KUALA LUMPUR: Orang Utan Borneo dikategorikan sebagai spesies kritikal dan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) dengan anggaran 104,700 ekor yang masih hidup.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli @ Sukari, berkata laporan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 2019 menyatakan populasi Orang Utan di Sabah stabil selama 15 tahun.

“Bagaimanapun, data kajian sama menunjukkan berlaku penurunan dalam populasi Orang Utan di hutan dikelilingi ladang sawit.

“Kekurangan Orang Utan Borneo juga sering dikaitkan dengan penebangan ladang sawit di Sabah dan pemburuan haram.

“Ada pihak menjadikan isu ini sebagai ‘senjata’ untuk menjejaskan reputasi sawit Malaysia di pasaran global dengan menggunakan maklumat tidak tepat,” katanya berucap pada majlis Sambutan Orang Utan Sedunia di Zoo Negara di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Amat Lana dan Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF), Hairulazim Mahmud.

Bagi melindungi dan memulihara spesies terancam itu, Mad Zaidi berkata, MPOGCF menjalankan program penanaman sejuta pokok bagi rehabilitasi Orang Utan di Hutan Simpan Ulu Segama Malua di Lahad Datu, Sabah.

“Program ini membabitkan kawasan seluas 2,500 hektar yang juga penting untuk pemulihan habitat gajah Borneo.


“MPOGCF turut membiayai operasi Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) bagi menyelamat dan memindahkan Orang Utan ke habitat lebih selamat,” katanya.

Sejak 2010 sehingga 2020, katanya, sebanyak 61 Orang Utan berjaya diselamatkan oleh WRU dan MPOGCF turut membiayai tinjauan Orang Utan di Sabah selama dua tahun bermula tahun ini dengan dana RM1.2 juta.

Mad Zaidi berkata, usaha terbabit membuktikan industri sawit negara komited menambah populasi Orang Utan dengan sokongan kerajaan.

Jelasnya, rakyat Malaysia wajar menyokong usaha pemuliharaan Orang Utan dengan mengutamakan produk sawit yang mendapat Pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Orang Utan terbahagi kepada tiga spesies iaitu Orangutan Borneo (Pongo pygmaeus), Orangutan Sumatra (P abeli) dan Orangutan Tapanuli (P tapanuliensis).

Orangutan Borneo didapati di Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia manakala Orangutan Sumatra dan Tapanuli hanya ada di Sumatera.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori