Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Fasha Sandha Enggan Layan...

PELAKON jelita Fasha Sandha yang semakin cantik menunggu kelahiran anak keduanya mempunyai petua...

Kerajaan Terus Rayu Tambah...

ALOR SETAR - Kerajaan akan terus merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah...

Wiko Lancar 3 Model...

KUALA LUMPUR - Pembuat telefon pintar Perancis, Wiko, memperkenalkan tiga model telefon pintar...

Mariah Carey Dikecam Tawaran...

PENYANYI Amerika, Mariah Carey ditawar peluang untuk membuat persembahan di Arab Saudi bulan...

PRN: PN Dakwa PH Edar Cetakan Mirip Kertas Undi

Bukit Mertajam : Pakatan Harapan (PH) didakwa mengedarkan cetakan mirip kertas undi, dipercayai di khemah gabungan itu termasuk berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Jaya dekat sini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah, mendakwa tindakan itu bertentangan Seksyen 3(1) (j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Justeru, beliau mendesak semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menghentikan sebarang bentuk kesalahan berkaitan pilihan raya, terutama di DUN Seberang Jaya.

Katanya, beliau bercadang mengemukakan laporan berhubung insiden itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.


“Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada khemah milik PH memiliki dan mengedarkan cetakan berupa kertas undi, termasuk di SK Pauh Jaya.

“Perbuatan terbabit boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Saya mohon penyokong PN, termasuk ejen pengundian dan penjumlahan undi memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori