Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Majoriti Waris Setuju Pindah...

SHAH ALAM : Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan...

Samsung S7 Berada Dalam...

KUALA LUMPUR - Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada...

Pemuda PAS Sokong Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong langkah Kementerian Pendidikan untuk...

Hampir 1.5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ketika ini telah menerima...

Putra 2.0 Kembali, Tawar Laluan Tarikan Pelancong Di Perlis

KANGAR : Perlis Ultra Marathon (Putra) 2.0 bakal kembali pada tahun ini menerusi penganjuran yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Oktober depan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Kejohanan tersebut yang memasuki edisi kedua selepas penganjuran pada tahun 2019 lalu bakal menawarkan empat kategori untuk dipertandingkan pada kali ini.

Antara kategori yang ditawarkan itu adalah terdiri daripada larian pada jarak 75 kilometer, 50 kilometer, 27 kilometer dan 11 kilometer.

Selain itu, terdapat juga aktiviti Fun Walk dan Plogging membabitkan jarak 2.5 kilometer disediakan buat peserta bagi kejohanan Putra 2.0 kali ini.

Seramai 700 peserta disasarkan pada tahun ini termasuk membabitkan peserta dari luar negara seperti Poland, Indonesia, Singapura, Brunei, Norway.

Pengarah Putra 2.0, Ku Hasrin Ku Abd. Rahman berkata, apa yang lebih menarik, penganjuran pada kali ini turut membabitkan laluan yang menjadi tarikan pelancong di Perlis seperti kampung tradisi, sawah padi, gua batu kapur dan hutan simpan yang sememangnya membawa kelainan berbanding kebiasaan.


Di samping itu, katanya, peserta juga bakal disajikan dengan makanan popular di Perlis bersama persembahan muzik tradisional Perlis selepas mengikuti acara yang dipertandingkan itu.

Katanya, pelepasan peserta dan lokasi tamat larian juga akan bermula di Taman Negeri Wang Kelian yang merupakan taman negeri pertama di Malaysia.

“Malah, lokasi Taman Negeri Wang Kelian ini juga hanya terletak kira-kira satu kilometer dari sempadan Thailand,” katanya.

Bagi sebarang maklumat lanjut berhubung pendaftaran kejohanan Putra 2.0, orang ramai boleh melayari pautan www.mep21-online.com atau menghubungi 019-4740729 (Ku Hasrin).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori