Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kasino Di Forest City...

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan...

PBZT FGV Meningkat 3...

KUALA LUMPUR ā€“ Keuntungan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebelum cukai dan...

Iceland Nak Haramkan Piza...

PENDUDUK negara Iceland mungkin bakal kehilangan satu nikmat makanan dunia apabila presiden mereka,...

Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami keadaan di mana saiz kepalanya...

Razali Calon Tunggal BERSATU Barisi Senarai 10 EXCO Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris menjadi calon tunggal mewakili BERSATU dalam senarai 10 EXCO kerajaan negeri Terengganu yang baharu.

(Ada rancangan nak melancongā€¦atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikianā€¦..cek ni kejapā€¦.klik sini)

Ketua Penerangan BERSATU itu mengangkat sumpah sebagai EXCO bersama sembilan ADUN mewakili PAS pada Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan EXCO di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Syarqiyyah di sini hari ini.

Pada PRN Sabtu lalu, Razali menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Said yang juga penyandang kerusi DUN itu sejak 1990 dengan majoriti 3,758 undi.

Selain Razali, tiga lagi ADUN yang sebelum ini menjadi Timbalan EXCO kini menjawat jawatan EXCO penuh.

Mereka adalah Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk), Maliaman Kassim (Ajil) dan Hishamuddin Abdul Karim (Tepoh).

Maliaman sebelum ini Timbalan EXCO Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi; Hishamuddin (Timbalan EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan) dan Muhammad Khalil (Timbalan EXCO Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran).


Enam EXCO dikekalkan adalah ADUN Paka, Datuk Satiful Bahari Mamat; Dr Azman Ibrahim (Jabi); Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam); Ariffin Deraman (Alor Limbat); Hanafiah Mat (Chukai) dan Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Kota Putera).

Dua EXCO digugurkan adalah Dr Mamad Puteh (Kuala Berang) dan Datuk Mohd Nor Hamzah (BukitPayung), manakala dua lagi iaitu Datuk Dr Alias Razak (Bukit Tunggal) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang) masing-masing tidak bertanding pada PRN kali ini.

Dr Alias yang kini Ahli Parlimen Kuala Nerus dan Tengku Hassan melepaskan kerusi masing-masing kerana ingin memberi laluan kepada muka baharu.

Pada PRN Sabtu lalu, PAS kekal mentadbir kerajaan negeri selepas menyapu bersih semua 32 kerusi DUN di Terengganu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori