Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Ambil Kesempatan Politik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar pihak yang mengambil kesempatan...

PNGK STPM 2015 Catat...

PUTRAJAYA - Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan...

KPM, Jakim Tentukan Terma...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang berhubung...

Beli Tanah: Peter Anthony...

KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony memberi...

Sanusi Mohon Maaf Serta Maafkan Pihak Menyerangnya

ALOR SETAR : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaafkan pihak lawan yang melakukan serangan bertubi-tubi kepadanya sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau juga telah memaafkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut memberi serangan kepadanya.

“Bagi pihak diri saya, Muhammad Sanusi Md. Nor yang telah diserang bertubi-tubi, bertalu-talu tanpa henti, depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan dengan bermacam-macam fitnah dan serangan. Saya maafkan semua serangan itu.

“Kalau tuan-tuan juga maafkan, boleh lafazkan sendiri, saya tak boleh wakilkan. Tapi bagi pihak saya, saya maafkan. Kalau dia buat lagi, kita lawan lagi. Lepas tu kita tengok nak maafkan atau nak henyak (lawan),” katanya ketika berucap pada Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah, malam tadi.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN turut memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengannya atau PN sepanjang PRN lalu.

“Saya bagi pihak seluruh jentera pilihan raya PN memohon ampun dan maaf kepada semua rakyat Kedah dan rakyat negeri lain yang mungkin tersinggung dengan kempen yang kita jalankan.

“Ada yang kami tak sengaja, ada yang kami terpaksa, ada yang kami diprovok dan ada ketikanya kami terlalu sakit untuk menahannya. Maka kami lepaskan supaya kamu turut rasa apa yang kami rasa,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak mengejek pemimpin politik yang tewas pada PRN lalu termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh.

“Ini selaras nasihat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (bekas Menteri Besar Kedah) supaya jangan sekali-kali hentam mereka yang sudah jatuh, kita doakan mereka bersara secara aman. Ia bukan kegagalan peribadi tetapi ia adalah kegagalan perjuangan mereka, orang Kedah tidak dapat menerimanya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah turut mengingatkan kesemua ADUN PN untuk tidak mencari ‘kebahagiaan’ kepada diri sendiri atau keluarga terlebih dulu.

“Dengan kepercayaan sebesar ini, jangan terdetik di hati untuk cari kebahagiaan bagi diri sendiri dan keluarga terlebih dulu. Ini bukan perjuangan hang dan anak-anak sebaliknya ini perjuangan rakyat.

“Saya jamin selama mana diberi amanah mengetuai Kedah, saya akan pastikan mereka semua tak jadi kaya. Mereka tak akan pernah terpalit dengan sebarang skandal rasuah dan penyelewengan. Saya tidak izinkan mana-mana ADUN berkejar ke sana-sini mencari projek untuk diri sendiri atau kawan-kawan,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin yang terpalit dengan kegiatan seumpama itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mereka sama sekali tidak akan dilindungi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori