Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Guru Jual Mercun Ditahan

JOHOR BAHARU - Seorang guru sekolah rendah di sini merupakan antara 17 individu...

Elizabeth Tan: “Saya Tidak...

SIAPA sangka, rupa-rupanya penyanyi Elizabeth Tan tidak pernah mempunyai minat untuk menjadi penyanyi! Meskipun...

Bekalan Air Lembah Klang...

SHAH ALAM : Pemulihan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah...

Lompat Parti, Baru Tahu...

PASCA Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), senario politik tanah air heboh dengan memperlihatkan isu...

Serangan Militan Ragut Nyawa 11 Buruh Di Pakistan

PESHAWAR : Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakar, mengesahkan 11 buruh terbunuh dalam serangan militan di Barat Laut Pakistan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menurut pegawai keselamatan dan polis di utara wilayah Khyber Pakhtunkwa, bahan letupan buatan sendiri yang disyaki meletup memusnahkan trak yang membawa pekerja ke projek pembinaan di Waziristan, berhampiran sempadan Afghanistan.

“Mereka bekerja di pos tentera yang sedang dalam pembinaan ketika bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup di bawah kenderaan yang membawa buruh,” kata timbalan pesuruhjaya Waziristan Utara, Rehan Khattak.

Setakat ini belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.


Pakistan menyaksikan peningkatan serangan militan Islam sejak tahun lalu apabila gencatan senjata antara Taliban Pakistan, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) dan kerajaan gagal.

Kumpulan lain termasuk Daesh juga kerap bertanggungjawab atas beberapa serangan, termasuk letupan besar pada perhimpunan politik di Khyber Pakhtunkhwa diadakan oleh kumpulan agama bulan lalu, yang mengorbankan 45 orang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori