Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Teknik Warm Mix Asphalt...

MERSING - Teknik Warm Mix Asphalt (WMA) dan penggunaan bahan campuran baharu dalam...

Budak Hidup Dalam Penjara...

CHINA - Hidup dalam penjara besi. Sungguhpun budak ini sakit, namun wajarkan dia...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air...

Tanah Runtuh: Pemaju Diberi...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mendesak pemaju projek perumahan...

Siasat 4 Negeri Dilapor Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan meneliti dan menyiasat mengenai empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza tahun ini.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata sambutan Bulan Kebangsaan bukan bersifat politik, sebaliknya ia adalah sambutan yang diadakan di peringkat negara.

Katanya, beliau baharu sahaja menerima laporan mengenai penggunaan logo dan tema berbeza itu dan akan menelitinya kerana tidak mahu perbezaan berlaku yang akan mewujudkan jurang serta mewujudkan suasana tidak bersatu padu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk meneliti perkara itu dan menyeru semua pihak mengenepikan untuk berpolitik kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai di enam negeri baru-baru ini.

“Sebelum ini kita angkat bendera parti, sekarang kita ketepikan dan angkat bendera Malaysia. Tidak mahu ada sebarang fahaman politik kerana sekarang kita fokus untuk bersatu padu dan membangukan negara,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Program #deminegaraku dan Home of Kids, di sebuah pusat membeli-belah, hari ini

Media hari ini melaporkan empat negeri di bawah pemerintahan PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.


Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN, hari ini.

Katanya, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Fahmi berkata, pihaknya mengakui aura Sambutan Kemerdekaan dalam kalangan orang ramai yang mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini sangat berkurangan.

Beliau berharap pihak media membantu dan memberi pesanan kepada rakyat agar menghentikan berpolitik dan sekarang tiba masanya untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Katanya, beliau berharap rakyat dapat mengambil peluang ini dan dalam tempoh sebulan Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan ini rakyat dapat meraikan dengan meletakkan Jalur Gemilang di media sosial masing-masing.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori