Pada jam 12.40 tengah hari tadi, pasukan Tentera Udara Republik Singapura telah mengerakkan dua jet pejuang mereka selepas sebuah helikopter dari Malaysia dikesan terbang di perairan (Selat Singapura) yang dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)
Akibatnya, operasi di lapangan terbang berkenaan digantung bermula 12.50 sehingga 1.28 tengah hari.
Ini menyebabkan sembilan penerbangan yang tiba ke Singapura dan 11 yang mahu berlepas tidak dapat berbuat demikian.
Kejadian itu disahkan melalui kenyataan bersama oleh Kementerian Pertahanan dan Jabatan Penerbangan Awam Singapura sebentar tadi.
Jet berkenaan bagaimanapun kembali ke pengkalan setelah yakin tiada isu berkaitan keselamatan berlaku.
“Hasil siasatan awal mendapati helikopter berkenaan adalah untuk kegunaan awam dan berdaftar dengan syarikat asing,” jelas kenyataan bersama itu.
Mynewshub-